0

Fenomena Musik Kini

Posted by botak perosak on 10:31 PM in , , ,

Lewat kebelakangan ini, musik indie semakin mendapat tempat di dalam industri musik Malaysia. Rata-rata pemusik semakin membuka mata terhadap kemampuan band2 indie dimana semakin byk mereka diberi peluang utk beraksi. Sejak Estranged menjuarai Anugerah Juara Lagu & diikuti kemenangan Meet Uncle Hussein tahun ini, ramai pihak sudah mula mengintai kehebatan band-band tempatan yg suatu tika dulu pernah dilabel tiada bakat, sampahan yg merosakkan minda remaja. Radio - radio tempatan kini semakin kerap memutarkan lagu tempatan berbanding dulu bila mana mereka seperti mengagungkan karya negara jiran. Setidak-tidaknya mereka akhirnya membuka mata terhadap bakat tempatan yang suatu tika dulu pernah mereka katakan bakat tempatan tiada kualiti.

Sememangnya Meet Uncle Hussein antara band yg mempunyai bakat besar. Couple pula antara band yang agak dikenali di luar negara selain Pop Shuvit. Hujan misalnya semakin menuju kejayaan walaupon ramai yg mengkritik musik mereka. Dari Malaysia ke London dan kini bakal ke Indonesia. Syabas buat Hujan. Bunkface, yang bakat mereka terserlah melalui rancangan Blast Off! suatu masa dulu misalnya semakin mengukuhkan tempat mereka sebagai band pop punk yg berjaya. Selamat Pagi Gadis walaupun masih baru, tapi sedang meniti tangga menuju kejayaan biarpun tanpa 2 anggota mereka yg berada di luar negara.

Saat sesetengah band indie semakin mencipta nama, band-band lama seperti Butterfingers, Seven Collar Tshirt, OAG & The Times [sekadar beberapa nama] pula semakin mengukuhkan kedudukan mereka. Langsung tidak tercabar oleh kedatangan band-band baru.

Kejayaan demi kejayaan yang dicapai oleh beberapa band indie lewat masa ini, memberi inspirasi kepada para remaja dimana kini banyak band-band baru tumbuh bagaikan cendawan. Satu perkembangan yang baik tapi bukan semua band tersebut mempunyai identiti mereka sendiri kerana kebanyakkan band dibayangi band-band yg sedia ada. Bukan mahu mengutuk tapi hakikatnya bukan semua band baru itu punya identiti & musik yang boleh dibanggakan. Mereka sepatutnya mempunyai identiti tersendiri yang boleh membezakan mereka dengan band yang sedia ada. Rapat dengan band tertentu bukan alasan untuk mempamerkan musik yang sama. Ilmu yang dikongsi sewajarnya diterjemahkan menjadi karya yang hebat. Semoga mereka akan temui identiti mereka dalam musik yang mereka mainkan. Hanya masa saja yang akan tentukan ke mana mereka & para pengikut musik akan menilai kemampuan mereka.

Bukan semua band menjadi pujaan semua orang & bukan semua band menjadi kebencian semua orang.

Kalau suka, layankan. Kalau benci tak perlu fuck, abaikan saja. Lain telinga lain citarasa.

Dengar saja, ikut naluri anda.

[sekadar menyebut beberapa nama band & bukannya mengabaikan band-band lain]

*sekadar pandangan dari sisi seorang pemerhati. kalau salah harap diampun.


Link : www.retro9.blogspot.com


Pesanan Dari Gua :

Reti-reti la komen ye,jangan reti masuk je...


|

0 Comments

Post a Comment

Sape2 spam akan di delete

crew n screw

Copyright © 2009 botak berotak~semakin hari semakin berotak.. All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by Arie Webmaster.